Assalamualaikum..
Kini saya sudah kembali untuk menulis di laman blog saya ini bersama isteri kesayangan saya. Kunjungilah blog kami selalu. Terima kasih..
Dalam kehidupan seharian kita, ada satu sifat yang baik lagi mulia yang perlu kita terapkan dalam amalan dan perbuatan iaitu sifat suka bersedekah.
Sedekah yang dimaksudkan di sini ialah memberi atau suatu pemberian sama ada berupa harta, wang ringgit atau tenaga kepada mereka yang sangat-sangat memerlukan terutama golongan fakir dan miskin.
Sungguhpun kita banyak mengetahui dan memahami akan kebaikan bersedekah namun masih ramai di kalangan kita yang agak keberatan mengeluarkan sedikit harta untuk menyalurkan kepada mereka yang amat memerlukannya dengan ikhlas serta benar-benar ingin melakukan amalan bersedekah. Firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Al Ma'aarif ayat 19 hingga 25 tafsirannya : "Sesungguhnya manusia itu dihadikan bertabiat resah gelisah (lagi bakhil kedekut) ; Apabila ia ditimpa kesusahan, ia sangat resah geliash; dan apabila ia beroleh kesenangan, ia sangat bakhli kedekut; kecuali orang-orang yang mengerjakan sembahyang - iaitu mereka yang tetap mengerjakan sembahyangnya; dan mereka (yang menentukan bahagian) pada harta-hartanya, menjadi hak yang termaklum; bagi orang miskin yang meminta dan orang miskin yang menahan diri (daripada meminta)."
Habis Maskara 9, gua tak terus pulang ke rumah. Gua pergi pekena lepak dengan otai-otai Soljah di satu warung. Macam biasa, gua banyak dengar je. Tak pandai sangat nak menyampuk cakap orang tua.
Bila nak blah, jam dah pukul 2.30 pagi. Selesai bagi penghormatan pada otai-otai, gua ke motosikal berkuasa rendah gua. Gua hidupkan enjin. Boleh tahan juga dia punya bunyi. Lebih ke bunyi kilang papan.
Nak dijadikan cerita, tiba-tiba lain macam dada gua. Sejurus selepas gua duduk atas motor, dada gua automatik jadi berdebar. Laju. Gua hairan. Gua syak macam ada sesuatu akan berlaku. Gua duduk atas motor elok-elok macam orang agama-agama dan bergerak perlahan-lahan menghala ke rumah gua. Gua kasi pemanduan yang paling JPJ.
Tapi gua punya debar tak selesai juga. Sepanjang perjalanan asyik berdebar. Dada jadi mengecil. Pandangan gua pun mula jauh. Gua jadi banyak fokus 500 meter ke hadapan daripada memandang jarak 2 meter di hadapan. Ada masa gua intai-intai juga cermin pandang belakang. Kadang-kadang macam ada jalur-jalur cahaya yang buat gua tambah berdebar. Celaka punya kereta modified. Apa cerita pasang lampu bukan-bukan kat kereta?
KAHERAH 5 Jun - Hanya lima daripada 169 orang pelajar dari Negeri Sembilan yang mengikuti pelbagai kursus di Universiti Al-Azhar dan dan Universiti Kaherah di sini dikenal pasti mampu meneruskan pengajian tanpa mengulang sehingga tamat pengajian.
Pegawai Khas Kebajikan Pelajar Negeri Sembilan, Abdul Malik Kahar berkata, selebihnya, para pelajar berkenaan, terutama yang baru masuk dalam tahun satu terpaksa mengulangi pelajaran mereka kerana gagal menguasai bahasa Arab dengan baik.
Jangan pandang remeh soal ini. Sebab itulah, saya nasihatkan kepada mana-mana pelajar yang mahu melanjutkan pelajaran di Universiti al-Azhar dipastikan menguasai sepenuhnya bahasa Arab, sekurang-kurangnya enam bulan sebelum ke sini,'' katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat rombongan Kerajaan Negeri Sembilan di Rumah Negeri Sembilan di sini, hari ini.
Abdul Malik bagaimanapun menjelaskan, selain faktor dan pengaruh bahasa Arab, sistem pembelajaran yang agak luar biasa juga menjadi punca kegagalan pelajar-pelajar berkenaan yang antaranya tidak dapat dielakkan.
Pensyarah mereka juga menggunakan Bahasa Arab rasmi (Fushah) dan juga Bahasa Arab pasar (Ammi) dan kepada mereka yang tidak biasa ia satu kesukaran.
Contoh lain pula ialah ada yang dijadualkan mengambil peperiksaan pada waktu petang tetapi diubah pada saat-saat akhir. Ini menyebabkan ada yang gagal mengambil peperiksaan seterusnya gagal dalam kertas berkenaan.
Ada juga yang terpaksa mengambil peperiksaan di bawah khemah. Kalau hujan, atau panas terik, apa nak buat. Semua ini juga mempengaruhi keputusan pelajaran anak- anak kita di Universiti Al-Azhar ini,'' katanya.
Abdul Malik memberitahu, pelajar yang mahu mengikuti pengajian di mana-mana universiti di sini perlu juga melengkapkan diri dengan kedua-dua dialek Bahasa Arab jika tidak mahu menghadapi kesukaran kelak.
Beliau juga mencadangkan supaya kerajaan negeri melalui MAINS yang menjadi penaja kepada pelajar terbabit mengikuti kursus intensif selama enam bulan sebelum dihantar ke sini.
Kata Abdul Malik, kursus itu perlu dikendalikan oleh pensyarah yang memahami selok belok bahasa dan berasal dari negara Mesir bagi memberikan kefahaman yang lebih kepada bakal mahasiswa.
Kita tidak dapat mengelakkan diri daripada dosa. Kita mesti sedar selalu bahawa kita ini sentiasa berdosa dan sentiasa selalu pula bertaubat. Kita sepatutnya bertaubat walau di mana kita berada sebagaimana kita sentiasa berbuat dosa dengan tidak mengira tempat. Bertaubat tidak semestinya lepas sembahyang sahaja. Bila terasa berdosa sahaja, bertaubatlah sebab mati tidak mengira tempat.