 |

Saturday, May 20, 2006
Posted at 10:32 am by izzul_imans
Permalink
Wednesday, May 17, 2006
Hari ini ramai manusia yang mengidap sakit jiwa, tekanan jiwa yang
kuat akibat gagal berhadapan dengan ujian atau masalah. Ada yang
menderita kerana gagal dalam percintaan, ada yang kecewa kerana
dirinya tidak dipeduli orang, ada yang merana kerana apa yang dihajati
tidak tertunai dan ada yang berdukacita apabila kematian atau
kehilangan seseorang yang dikasihi lagi disayangi.
Penderitaan dan kegelisahan jiwa akan terus memburu mereka yang tidak
mahu menyerahkan hidup dan matinya untuk Allah dan tidak mahu mengadu
pada Allah jika berhadapan dengan sebarang masalah dan ujian dalam
hidupnya. Bagi orang yang beriman, ia merasakan masalah hidup yang
menimpanya merupakan satu jalan untuk ia bermunajat dengan Allah,
untuk melatih diri lebih menghampirkan dengan Allah dan merasakan
dirinya dalam penelitian dan perhatiannya. Sebab itu, orang-orang
soleh kiranya tiga hari ia tidak ditimpa sebarang ujian dalam hidup,
ia akan menangis dan merasakan dirinya banyak dosa kerana dibiarkan Allah.
Sekiranya kita mengingati Allah, hati kita akan tenang. Ini satu
jaminan dari Allah, pasti ianya benar. Pengaduan pada Allah merupakan
satu jalan menuju ketenangan jiwa yang abadi dan kemanisan dalam hidup
walaupun berhadapan dengan berbagai-bagai masalah. Allah tidak jadikan
sesuatu itu dengan sia-sia, pasti ada hikmah dan tujuan di sebaliknya
yang hanya Allah sajalah yang mengetahuinya. Itulah keyakinan bagi
orang-orang Mukmin. Di dunia dapat memiliki jiwa yang sakinah, di
akhirat pula memiliki rahmat Allah seluas langit dan bumi.
Dari itu wahai sahabat, biarlah istana cinta musnah buat seketika, akan kita bina dihari muka. Pantaskan kaki mengejar cita-cita, kerana cita-cita cepat dilari masa. Dan bila masa pergi ia tak bisa menoleh lagi. Usaha adalah penentuan dan takdir adalah suratan.

Posted at 12:44 pm by izzul_imans
Permalink
Thursday, May 11, 2006
Suatu ketika, ada seorang pedagang kaya yang mempunyai empat orang isteri. Dia mencintai isteri yang keempat dan memberikan harta dan kesenangan yang banyak. Sebab, isteri keempat adalah yang tercantik di antara kesemua isterinya. Maka, tidak hairan lelaki ini sering memberikan yang terbaik untuk isteri keempatnya itu.
Pedagang itu juga mencintai isterinya yang ketiga. Dia sangat bangga dengan isterinya ini, dan sering berusaha untuk memperkenalkan isteri ketiganya ini kepada semua temannya. Namun dia juga selalu bimbang kalau-kalau isterinya ini akan lari dengan lelaki yang lain.
Begitu juga dengan isterinya yang kedua. Dia juga sangat menyukainya. Dia adalah seorang isteri yang sabar dan penuh pengertian. Bila-bila masa pun apabila pedagang ini mendapat masalah, dia selalu meminta pandangan isterinya yang kedua ini. dialah tempat bergantung. Dia selalu menolong dan mendampingi suaminya melalui masa-masa yang sulit.
Sama halnya dengan isterinya yang pertama. Dia adalah pasangan yang sangat setia. Dia sering membawa kebaikan bagi kehidupan keluarga ini. Dialah yang merawat dan mengatur semua kekayaan dan usaha si suami. Akan tetapi si pedangang tidak begitu mencintainya. Walaupun isteri pertamanya ini begitu sayang kepadanya namun, pedagang ini tidak begitu memperdulikannya.
Suatu ketika, si pedagang sakit. Kemudian dia menyedari mungkin masa untuknya hidup tinggal tidak lama lagi. Dia mula merenungi semua kehidupan indahnya, dan berkata dalam hati, "Saat ini, aku punya empat orang isteri. Namun, apabila aku meninggal, aku akan sendiri. Betapa menyedihkan jika aku harus hidup sendiri."
Lalu dia meminta semua isterinya datang dan kemudian mulai bertanya pada isteri keempatnya, "Kaulah yang paling kucintai, kuberikan kau gaun dan perhiasan yang indah. Nah sekarang, aku akan mati, mahukah kau mendampingiku dan menemaniku?" Isteri keempatnya terdiam. "Tentu ! saja tidak!" jawab isterinya yang keempat, dan pergi begitu sahaja tanpa berkata-kata lagi. Jawapan itu sangat menyakitkan hati seakan-akan ada pisau yang terhunus dan menghiris-hiris hatinya.
Pedagang yang sedih itu lalu bertanya kepada isteri ketiganya, "Aku pun mencintaimu sepenuh hati, dan saat ini, hidupku akan berakhir. Mahukah kau ikut denganku, dan menemani akhir hayatku?". Isteri ketiganya menjawab, "Hidup begitu indah di sini. Aku akan menikah lagi jika kau mati". Pedagang begitu terpukul dengan jawapan isteri ketiganya itu.
Lalu, dia bertanya kepada isteri keduanya, "Aku selalu berpaling padamu setiap kali mendapat masalah. Dan kau selalu mahu membantuku. Kini, aku perlu sekali pertolonganmu. Kalau aku mati, mahukah kau ikut dan mendampingiku?" Si isteri kedua menjawab perlahan, "Maafkan aku...aku tak mampu menolongmu kali ini. Aku hanya boleh menghantarmu ke liang kubur saja. Nanti, akan kubuatkan makam yang indah buatmu."
Jawapan itu seperti kilat yang menyambar. Si pedagang kini berasa putus asa. Tiba-tiba terdengar satu suara, "Aku akan tinggal denganmu. Aku akan ikut ke manapun kau pergi. Aku, tak akan meninggalkanmu, aku akan setia bersamamu." Si pedagang lalu menoleh ke arah suara itu dan mendapati isteri pertamanya yang berkata begitu. Isteri pertamanya tampak begitu kurus.
Badannya seperti orang yang kelaparan. Berasa menyesal, si pedagang Lalu berguman, "Kalau saja aku mampu melayanmu lebih baik pada saat aku mampu, tak akan kubiarkan kau seperti ini isteriku."
Teman, sesungguhnya kita punya empat orang isteri dalam hidup ini;
ISTERI KEEMPAT adalah tubuh kita. Seberapa banyak waktu dan belanja Yang kita keluarkan untuk tubuh kita supaya tampak indah dan gagah, semuanya akan hilang. Ia akan pergi segera apabila kita meninggal. Tak ada keindahan dan kegagahan yang tersisa saat kita menghadapNYA.
ISTERI KETIGA adalah status sosial dan kekayaan kita. Saat kita meninggal, semuanya akan pergi kepada! yang lain. Mereka akan berpindah dan melupakan kita yang pernah memilikinya.
ISTERI KEDUA pula adalah kerabat dan teman-teman. Seberapa pun dekat hubungan kita dengan mereka, mereka tak akan mampu bersama kita selamanya. Hanya sampai kuburla mereka akan menemani kita.
DAN SESUNGGUHNYA ISTERI PERTAMA adalah jiwa dan amal kita. Mungkin kita sering mengabaikan dan melupakannya demi kekayaan dan kesenangan peribadi.
Namun, sebenarnya, hanya jiwa dan amal kita sajalah yang mampu untuk terus setia dan mendampingi kemanapun kita melangkah. Hanya amal yang mampu menolong kita diakhirat kelak.
Jadi, selagi mampu, perlakukanlah jiwa dan amal kita dengan bijak. Jangan sampai kita menyesal kemudian hari!..
Posted at 04:18 pm by izzul_imans
Permalink
Wednesday, April 19, 2006

Penatnya tadi. lama dah aku tak
main takraw. oleh sebab badan aku dah naik lemak, dah macam dipam2 plak...makin
malas! aku tak rela..!!!...tidak!!! memang kene pakse dia eksesais. masa nak pergi
main satu lagi adventure yang perlu aku lalui ialah jalanraya damanhur
ni. tataula aku nak sifatkan camne jalanraya kat sini. sama ada aku lalu kat
padang pasir ataupun kat tepi pantai. tp kalo nak ikutkan tepi pantai tu okla,
best sangat.. sebab nyaman, udara segar, dan sejuk. tp boleh ke ko naik basikal
kayuh atas pasir???. payah giler nak gerak. yang sebenar2nya aku mmg macam lalu kat
padang pasir jek. tp ok lagi la sebab bunyi tak bising kat padang pasir tu. kene
tahan dr segi fizikal je. yang aku lalui tadi bukan saje sakit dr segi
fizikal. mental aku pon terusik sekali. mendidih...!!! keadaan damanhur ni tak ubah
seperti projek mega baru nak bina sebuah bandar, dipenuhi pasir projek sepanjang
jalan. bunyi bising trektor yang bertungkus lumus menyiapkan bangunan. dan
kesesakan lalu lintas sebab banyak jalan kene tutup. derang sumer tau banyak
jalan kene tutup. duk senyap dah la.. ini lagi nak hon macam orang mabuk. aku tak
paham betul la. kalo hon bunyi best takpe. yang bunyi mcm donkey tercekik pon
ade. rimas!! soba yo la..
permainan takraw petang tadi agak puas la. sebanyak 4 team dah cukup utk kita
turun bermain. kalo banyak sangat team yg turun, rasa bosan plak nak menunggu. so
far so good, aku leh lagi bermain dengan baik. seperti mana yg aku citerkan tadi keadaan
jalanraya berpasir susah utk aku ngan member sini nak beraksi (sini
takde court takraw). kena berhati-hati bermain di atas jalanraya. tak boleh wat
skill extream sangat. kalo terjatuh???? bahaya maaa. lu kena ingat lu mau exam
bulan depan. sendiri mau pk...wokeh arr..aku stop sini dulu. mau mengulang pulak. thanks
everybody sudi baca citer aku arini. doakan aku ngan kawan2 kat sini success dlm
apa jua bidang. wassalam...
Posted at 08:57 pm by izzul_imans
Permalink
Thursday, April 13, 2006
Saat ini kita akan menghadapi
imtihan fasal kedua tidak lama lagi. Pasti jiwa kita dilanda keresahan dan
kerisauan yang amat merunsingkan. Apatah lagi kegagalan yang lepas sering
menghantui diri kita. Aku juga mengalami nasib sebegini. Peluang kali ini
merupakan yang terakhir buat aku. Aku rasa tertekan sangat ni. Mengelabah tak
tentu pasal. Apa yang dah hafal mesti sikit2 akan lupa. Oh jiwa..kenapa ko lemah
sangat ni.Ya Allah berikan aku sedikit bekalan kekuatan. Jauhkan aku dari segala
kelemahan.
Pesanan buat aku yang kalut ni dan yang seangkatan..hmm..
"Jika kau tidak mencapai punca terhadap apa yang bergelut di danau
kehidupan mudamu, atau jawapan kepada persoalan yang sering datang di
dataran persinggahan terhadap perjalanan impianmu, atau titik kepada
ungkapan-ungkapan yang lazim mengalir di lidah fikiranmu, senangkanlah
hatimu kerana tidak akan habis buah fikir lahir, atau jarak langkah,
atau tanda faham terhadap situasi alami zahir mahupun tidak. Kau akan
dilapangkan oleh terbentangnya padang pandangan, saujana lautan
telaah, bahkan keindahan cakerawala yang mendatangkan kedewasaan
insan. Senangkanlah hatimu saat waktunya kau memelihara kebenaran yang
kau yakini benar sepanjang ia benar."
"Jika kau telah melalui kejayaan terhadap sesuatu dalam perjalanan
hidup senangkanlah hatimu, kerana itu adalah kebahagiaan yang
dianugerahi Tuhan dalam adunan usaha fikir, batin serta zahir bernaung
di bawah ikatan ukhwah persahabatan yang alir fikirnya sama sehala.
Ikatan yang kuat adalah asas kemajuan dan kejayaan. Senangkanlah
hatimu kerana jalan-jalan yang panjang akan terus berada di hadapan
untuk kau memacu semangat kentalmu melakukan apa yang kau fikirkan
menyatu di dalam niat dan fikiranmu."
Posted at 07:17 pm by izzul_imans
Permalink
|
 |
|
|
|
|