Entry: Dada gua berdebar Tuesday, August 12, 2008



Habis Maskara 9, gua tak terus pulang ke rumah. Gua pergi pekena lepak dengan otai-otai Soljah di satu warung. Macam biasa, gua banyak dengar je. Tak pandai sangat nak menyampuk cakap orang tua.

Bila nak blah, jam dah pukul 2.30 pagi. Selesai bagi penghormatan pada otai-otai, gua ke motosikal berkuasa rendah gua. Gua hidupkan enjin. Boleh tahan juga dia punya bunyi. Lebih ke bunyi kilang papan.

Nak dijadikan cerita, tiba-tiba lain macam dada gua. Sejurus selepas gua duduk atas motor, dada gua automatik jadi berdebar. Laju. Gua hairan. Gua syak macam ada sesuatu akan berlaku. Gua duduk atas motor elok-elok macam orang agama-agama dan bergerak perlahan-lahan menghala ke rumah gua. Gua kasi pemanduan yang paling JPJ.

Tapi gua punya debar tak selesai juga. Sepanjang perjalanan asyik berdebar. Dada jadi mengecil. Pandangan gua pun mula jauh. Gua jadi banyak fokus 500 meter ke hadapan daripada memandang jarak 2 meter di hadapan. Ada masa gua intai-intai juga cermin pandang belakang. Kadang-kadang macam ada jalur-jalur cahaya yang buat gua tambah berdebar. Celaka punya kereta modified. Apa cerita pasang lampu bukan-bukan kat kereta?

Sebelum bulatan kilang roti, gua kena hon. Berdebar gua menaik sekejap. Celaka punya Vovin.

Gua masuk pula Jalan Tun Razak. Berdebar gua menaik lagi sekali. Sebabnya flyover. Ruangnya terhad kalau ada kecemasan.

Gua turun Bulatan Kampung Pandan. Berdebar gua masih konsisten.

Tit..tit...Entah macam mana, dada gua jadi tak berdebar langsung. Dia jadi sombong pula. Rasa macam nak turun motor ala Terminator.

'Apa barang malam minggu takde roadblock..??', kata gua di dalam hati sambil berjalan dengan dada bidang naik tangga rumah.

   2 comments

durian
July 12, 2009   08:41 PM PDT
 
bro, apa kelas ambik cerita orang bro. kalau nak ambik, sila la kredit penulisnya. sekian itu saja.
studentmu...
September 21, 2008   08:55 AM PDT
 
agak menarik gak cter nie...so sy cdgkn klu kisah ni dmuatkn dlm 1 ruangn kt mne2la yg en. ske eh..bleh gak glak bramai2..huhu..

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments